Sunday, September 14, 2008

LAWATAN KE JAMBI INDONESIA (Bahagian 2)


Selepas tiba di stesen bas Muarabungo pada pukul 4.00 petang. Perkara pertama perlu dibuat adalah menunaikan solat zohor dan asar secara jamak dan berjemaah. Masuk saja ke tandas awam (dipanggil WC -bunyi: we se), dimintanya seribu, terngejut saya: apa mahal sangat ni, sampai seribu. Terfikir balik, rupanya di Indonesia iaitu seribu rupiah, bukan seribu ringgit. Bayaran tandasnya seribu rupiah bersamaan 40 sen Malaysia. Selepas qada hajat dan ambil wudu', lalu masuk ke surau. Lihat semua jamaah adalah perempuan yang sedang bersembahyang. Rupanya surau di sana tiada ada sekatan antara perempuan dan lelaki seperti kebanyakan surau di Malaysia. Tetapi saya lihat masjid-masjid besar di Jambi ada pembahaginya. Selepas itu, kami berjumpa anak dua pupu kepada sepupu saya yang sedang menunggu di Muarabungo. Sementara menunggu kereta sewa sampai, saya memesan air teh susu, harganya Rp 5,000 (=RM 2.00). Harga agak mahal berbanding di Kedah, teh tarik dalam harga RM1.00 (separuh harga). Apabila kereta sewa sampai, rupanya van suzuki (seperti van TNB) dengan harga Rp100,000 (RM40.00) ke Desa Tanah Tumbuh, dalam jarak 30km. Kebiasaanya di Malaysia, apabila kita sewa sebuah kereta, hanya kita saja yang akan menaikinya. Yang lawak, rupanya pemandu (sopir) akan membawa semaksimum orang dan barang yang boleh dibawa seperti semasa saya kecil-kecil dulu di Jeneri Kedah, namanya Paklang Mae, boleh bawa 12 orang dalam sebuag kereta dari Pekan Jeniang ke kampung-kampung di Jeneri. Dalam perjalanan dari Muarabungo ke Tanah Tumbuh, kami akan melalui Tanah Periuk dan kampung-kampung tradisi. Di Tanah Periuk, rumahnya begitu rapat seperti pondok Lanai dan sebagainya. Selepas semua penumpang lain diturunkan, sopir menghantar kami terus ke rumah guru Abdul Rahman, Tanah Tumbuh. Satu pujian kepada orang Jambi, layanan kepada tetamu sangat baik. Selepas berkenal-kenalan dengan keluarga besar guru Abdul Rahman dengan memberi sedikit buah tangan kepada keluarganya. Kemudian bersolat maghrib dan isyak secara jamak dan berjemaah dengan mengambil wuduk di telaga (sumur). Seterusnya menjamah makan malam yang terdiri dari masakan sambal bilis (sedap, masakan jambi) dan sebagainya. Apabila sudah kenyang, tentu nak qada hajat. Diberi dua pilihan iaitu pilihan 1 dalam semak atau sungai dan pilihan 2 di tandas rumah anaknya. Tak sanggup nak redah semak atau sungai malam-malam, apa lagi terus ke rumah anaknya. Apabila bangun pagi, ambil wudu' di sumur dan solat subuh berjemaah. Seterusnya berbual mengenai keturunannya sebelum mengambil sarapan pagi. Pada mula nak mandi di sungai, sampai saja begitu ramai orang perempuan berkemban. Malu, tak jadi mandi dan akhirnya, mandi juga di rumah anak guru Abdul Rahman. Rupanya penduduk kampung sana ada dua golongan, satu golongan mandi di rumah, pakai telaga dengan mesin air dan satu golongan lagi, mandi dan melabur semuanya dalam sungai.
Alhamdullillah, pagi itu ada perayaan untuk mengkatan (bersunat) dan juga kenduri kahwin. Tradisi penduduk Desa Tanah Tumbuh, budak lelaki disunat dengan membawa dalam helikopter (seperti di gambar atas). Majlis bermula dengan memandikan budak itu dalam sungai Tebo, seterusnya di pakai pakaian arab, diarak dalam helikopter dengan diiringi nasyid pasukan kompang. Seterusnya, ada pasangan bersilat pula, seterusnya diserahkan budak itu kepada doktor untuk disunatkan. Seterusnya ucapan Pak Camat, Kepala Kampung, Kepala Pemuda dan selesainya, menjamu selera oleh pengunjung lelaki dirumah-rumah jiran (tiada khemah seperti Malaysia). Persembahan disambung dengan nasyid oleh muslimat. Apabila selesai pengunjung lelaki makan, disambung pula oleh pengunjung perempuan.
Selesai makan, kami pulang ke rumah guru Rahman. Seterusnya menziarahi kubur toknek sepupu (datuk kepada bapa guru rahman), yang merupakan seorang Panglima, dipercayai mempunyai ilmu-ilmu pertahanan diri yang hebat. Banyak orang bertapa di kubur arwah.
Selepas makan tengahari dan solat zohor serta asar secara jamak, kami bergerak ke Desa Bedaro (tempat asal nenek ku Hjh Jawahir) dengan van sewa semalam dengan Rp250,000 bersama guru Rahman yang turut serta ke rumah besannya di Bedaro. Tiba di Bedaro dalam pukul 3.00 petang. Sambungan di bahagian ke 3.

2 Comments:

At September 15, 2008 at 7:13:00 PM PDT , Blogger Salawati binti Ghazali & Keluarganya said...

cadangan sahaja... sempena raya haji nanti dicadangkan ambil gambar semua ahli keluarga termasuk keluarga kecil dan di muatkan dalam blog ini supaya lebih menarik.

Selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin
:dari salawati dan keluarga ,di Sabah.

 
At September 16, 2008 at 10:49:00 PM PDT , Blogger Ahmad Radzuan bin Ghazali said...

Terima kasih atas komen. Jika semua setuju, laksanakan.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada kakakku Ustazah Salawati, suami dan anak-anak.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home