Hidup Di Dunia Hanya Sementara
Pendidikan formal aku bermula di Sekolah Kebangsaan Paya Mengkuang Gurun Kedah pada waktu pagi, petang ni di kelas Quran Tajwid. Aku masih ingat seorang kana-kanak dua tahun lebih tua dari ku telah meninggal dunia (semasa di kelas Quran Tajwid), itulah jenazah pertama ku tatap secara langsung (1978-1979), Sekolah Kebangsaan Jeneri Sik Kedah pada waktu pagi dan petangnya di kelas Quran Tajwid Pondok Pang (1980-1983), Maahad Mahmud Alor Setar Kedah - Arabic School, tamat sahaja sekolah rendah, aku mendapat tawaran ke sekolah asrama penuh tetapi ditolak oleh ayahku, alhamdulillah aku dapat ilmu agama yang lebih di MMAS, yang banyak sungguh pengalamanku (1984-1990), ITM Kuantan Pahang - Diploma in Planting Industry Management, pada mulanya terkejut dengan budaya, maklum budak kampung & sekolah arab dengan budaya remaja yang tidak begitu mengamal Islam, kalau solat subuh tu, hampir 90% dalam dorm tak solat, di sinilah aku kembali menjadi orang ke depan untuk memperjungkan agama dengan memakmur surau & Biro Dakwah JPP (1990-1993), UUM Sintok Kedah - Bachelor of Accounting, tamat saja ITM aku kerja sebagai operator kilang dan macam2, kerja sebulan berhenti cari kerja lain, sehingga terima tawaran UUM, di UUM aku kembali ke depan menjadi pejuang agama dengan memakmurkan masjid dan kolej -JPK, MPP, Pengerusi JK Pelajar Masjid (1993-1997). Bekerja di Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan, pernah aku bertadarus hanya dengan Tuan Syed - Timbalan PengarahNegeri, sungguh kurang sambutannya (1997-1998), Lembaga Hasil Dalam Negeri Ipoh, disini aku banyak jadi pengikut & pendokong PersatuanKebajikan Islam, memakmur dengan kuliah dan ceramah, tidak lupa Rehlah pada 10/10/05....Dr Jamnul beri ceramah (1998-2006). Cuti belajar mulai Julai 2006 hingga Jun 2008 di USM. .....Alhamdulillah Tuahan masih memberi nafas kepadaku.........semoga aku mati sebagai seorang pejuang Islam yang sebenar-sebenarnya..........


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home